Agamawan dalam Kawalan Iblis l Ibn Jauzi l Santai Ilmu Publication

RM 25.00


Penulis: Ibn Jauzi rahimahullah
Pentahqiq: Aiman Soleh Syakban
Halaman: 157

Sinopsis

Jangan disangka apabila sudah ada ilmu dan amal, seseorang itu akan sudah terselamat daripada perangkap iblis. Bahkan boleh jadi, Iblis dapat mengawal orang yang menyangkut diri pada agama dengan lebih mudah!

Ibn Jauzi mengatakan: "Ketahuilah bahawa Iblis itu memasuki manusia dengan perangkapnya melalui pelbagai jalan, kadangkala dengan jalan yang jelas dan nyata. Iblis sentiasa dapat mengalahkan manusia sehingga manusia mengutamakan hawa nafsunya.

Iblis juga mampu mengaburi sebuah ilmu, sehingga manusia pun dihina. Di antara perkara yang dikaburi tersebut banyak menimpa sebahagian besar para ulama. Saya akan menjelaskan tentang pelbagai bidang atau disiplin ilmu yang menjadi sasaran perangkap Iblis sebagai peringatan agar tidak melalaikannya, dengan mengehadkan penjelasan supaya tidak terlalu panjang."

Buku ini menyenaraikan pelbagai tipu daya iblis yang boleh terkena kepada agamawan termasuk, ahli ibadah, orang berjihad, ahli fikah, ahli hadis, bahkan ahli falsafah dan sastera!

Semoga dengan memiliki buku ini kita akan terhindar daripada perangkap kawalan Iblis!
Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.