Tadabbur Made Easy Fatihah dan 7 Surah Panjang l Ustaz Abdul Razak bin Mohamed l Santai Ilmu Publication

RM 50.00


Penulis: Ustaz Abdul Razak bin Mohamed (Timbalan Mudir Maahad Tahfiz al-Itqan, Ampang)
Kata Pengantar: Dr. Zulkefli Al-Bakri (Menteri Agama)
Halaman: 406 muka surat

SINOPSIS

Secara mudahnya Tadabbur al-Quran bermaksud, memerhati, meneliti, mempelajari, mengkaji, memahami dan mengamalkan ayat-ayat al-Quran. Sesungguhnya usaha tadabbur al-Quran adalah suatu yang mudah dan amat bermanfaat. Namun demikian kita sering merasa berat mendekati al-Quran kerana terperdaya dengan berbagai anasir negatif dari dalam dan luar diri.

Penyusunan buku ini adalah berdasarkan rujukan kepada tiga kitab utama seperti berikut:

1. Al-Quran, Tadabbur wa ‘Amal, Terbitan Markaz al-Manhaj lil Isyraf wa at-Tadrib at-Tarbawi, Arab Saudi, cetakan ke lapan.
2. Tadabbur al-Quran. Salman bin Umar as-Sunaidi. Arab Saudi, Cetakan ke dua.
3. Awwal Marrah Atadabbaru al-Quran, ‘Adil Muhammad Khalil. Intergrated Advertising Solutions. Kuwait. Cetakan ke 13.

Buku ini, adalah jilid pertama yang mengandungi tadabbur surah al-Fatihah dan tujuh surah yang panjang iaitu al-Baqarah, Aali ‘Imran, An-Nisaa’, al-Maidah, al-An’am, al-A’raf, al-Anfal dan at-Taubah. Surah-surah ini meliputi juzuk pertama sehingga bahagian awal juzuk 11.
Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.