Kombo Banteras Hadis Palsu 2021

RM 100.00


Dapatkan 4 kombo ini dengan harga Rm100!!!

-Buku Al-Manar Al-Munif (347 Panduan Kenali Hadis Dhoif dan Palsu) l Imam Ibn Qayyim l Santai Ilmu Publication

Buku ini berkaitan tanda-tanda hadis dhoif dan palsu berdasarkan isi kandungan hadis.Seseorang telah datang bertemu Imam Ibn Qayyim lalu bertanya tentang status kedhaifan beberapa hadis. Berkemungkinan orang yang bertanya itu adalah orang awam yang berminat mengetahui cara semak ketulenan hadis. Oleh itu, Imam Ibn Qayyim mengarang buku ini bagi menjawab persoalan berkenaan. Akhirnya ia memberikan manfaat yang lebih luas kepada semua penuntut ilmu.

-Asas Ilmu Hadis l Syihabudin Ahmad l Santai Ilmu Publication

Buku Asas Ilmu Hadis ini menjelaskan tentang ilmu hadis Nabi Muhammad secara mudah dan ringkas. Ia ditulis dengan padat bagi memudahkan masyarakat awam khususnya pelajar Ilmu Sirah supaya dapat memehami ilmu hadis. Ia salah satu daripada kempen “Semak Sebelum Sebar”.

- Al- Kabair – Mengintai 76 Jalan Ke Neraka l Al-Hafiz al-Zahabi rahimahullah l Santai Ilmu Publication

Jika anda pernah memiliki buku al-Kabair yang memuatkan 70 dosa besar, pastinya anda dapati banyak hadis yang pelik, palsu dan meragukan. Sedangkan Imam al-Zahabi terkenal dengan penguasaan ilmu hadis yang tinggi.

Oleh itu, buku ini telah ditahqiq oleh Syeikh Muhyiddin Mistu dengan membuat perbandingan pelbagai kitab asal tulisan tangan. Ia menatijahkan pengiktirafan ilmu al-Zahabi di dalam bidang hadis. Ia sesuai dengan gaya penulisan Imam al-Zahabi. Semoga dengan penerbitan buku ini memberikan manfaat ilmu kepada para pembaca.

- Dr Rozaimi Kenali Tokoh Hadis Yang Tidak Didendangkan | Dr. Rozaimi Ramlee | Santai Ilmu Publication

Sepanjang zaman pasti akan ada satu kumpulan kecil daripada kalangan umat Nabi Muhammad SAW yang menzahirkan diri mereka di atas kebenaran serta mempertahankannya. Mereka ini akan teguh dengan kebenaran sehingga tidak menghiraukan sesiapa sahaja yang mengutuk dan tidak bersama kebenaran.

Oleh itu, kami membawakan kepada anda sebuah penulisan ringan daripada Dr. Muhammad Rozaimi bin Ramle, bagi memperkenalkan beberapa tokoh besar dalam bidang ini supaya kita lebih mengenali siapakah penjaga-penjaga bumi.


Terbitan Santai Ilmu Publication
Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.