SOAL JAWAB ADAB-ADAB BERDOA / KAPTEN HAFIZ FIRDAUS

RM 35.00


Ramai umat Islam yang berdoa kepada Allah Subhanahu
wa Ta’ala. Tetapi, mungkin tidak ramai yang mengetahui adab-adab berdoa
kepada Allah. Adab-adab ini amatlah penting untuk diketahui agar
doa bukan sahaja dimakbulkan oleh Allah, tetapi menjadi aqidah yang
mentauhidkan-Nya, keimanan yang kukuh kepada-Nya, hati yang berharap
kepada-Nya dan ibadah yang menjana pahala daripada-Nya.

Buku  ini disusun dalam format soal jawab agar mudah difahami oleh
para pembaca. Para pembaca boleh menuju terus ke mana-mana soalan
yang diminati, namun amatlah dianjurkan membaca setiap soalan dari
awal buku ini demi kefahaman yang terbaik.

Selamat membaca dan beramal.

Your cart is currently empty.
Continue shopping